Thursday, January 3, 2008

'Ini Bukan Budaya Kita'




INI BUKAN BUDAYA KITA - So jangan lah adik2 kita tiru gaya nih....aik takde pulak FRU dengan tangki gas nyer....@#@$%&)%%% haru biru negaraku Malaysia....

Kenapa Chua Gatal Mulut Sentuh Soal Ulama'?

"MAAF SEKALI LAGI ! mungkin ramai dikalangan kita yang sempat mendengar luahan hati Datuk Chua dalam paparan buletin tv3. Dalam luahan itu Chua ada menyebut dan menyentuh ulama yang terlalu berpegang pada ajaran Islam sehinggakan beliau harus meletakkan jawatan. SIAPA BELIAU BERANI MENYENTUH ULAMAK DAN CHUA SEPATUTNYA SALAHKAN DIRI SENDIRI. SEMUA AGAMA MELARANG KERAS SETIAP PERKARA YANG SALAH !

Dalam paparan berita semalam,penulis sempat mendengar secara jelas mengenai luahan hati Chua yang begitu tenang dan tabah.Namun kenapa secara tiba-tiba beliau berani menyalahkan ulama kita termasuk ajaran Islam yang mana setiap pemimpin yang melakukan kesalahan perlu sedar,mengakui kesilapan dan memperbaikinya.

Jelas semua agama melarang keras perbuatan yang salah dan perlu menjauhinya.Siapa beliau yang berani menyalahkan ulama kita ?

fikir-fikirkanlah rakyat Malaysia.....bukti ada pada rakaman buletin tv3 semalam dan disaksikan jutaan rakyat....SERTA DUNIA...
"

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan perletakan jawatan

PAS memandang serius isu pembabitan seorang Menteri Kabinet dalam perlakuan seks luar nikah yang dirakamkan dan diedarkan kepada orang-ramai dalam bentuk DVD. Sungguhpun Dato' Dr Chua Soi Lek telah pun mengumumkan perletakkan jawatannya semalam dan perletakkan jawatan itu diterima oleh Perdana Menteri, namun PAS merasakan tindakan tersebut sekadar suatu tindakan politik demi memelihara imej Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Sesungguhnya perlakuan seks luar nikah bukan hanya bertentangan dengan Islam tetapi ia juga bercanggah dengan mana-mana anutan, kepercayaan, amalan dan budaya serta nilai moral yang dipegang oleh rakyat Malaysia. Pemimpin negara ini perlulah memiliki akhlak dan keperibadian yang baik dan sempurna sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan rakyat jelata.

PAS merasakan sepatutnya Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional mengarahkan parti MCA agar mengambil tindakan disiplin terhadap Dr Chua. Perletakkan jawatannya yang lebih merupakan tindakan menyelamatkan imej dan kedudukan BN itu tidak bererti tanpa sebarang tindakan disiplin diambil terhadap seorang pemimpin bertaraf menteri cabinet seperti beliau. Ini bermakna Perdana Menteri dan BN bersekongkol dengan pemimpinnya yang memiliki masalah akhlak.

PAS juga memandang serius kenyataan Dr Chua semalam bahawa bukan semua yang duduk dalam kerajaan itu bersih, ini mencerminkan yang barisan kepimpinan kerajaan BN yang ada pada hari ini menghadapi krisis moral dan akhlak yang serius yang perlu diberi perhatian oleh rakyat khasnya apabila mereka membuat pemilihan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Rakyat perlu pastikan yang mereka dipimpin oleh pemimpin yang bersih dan berakhlak mulia demi kesejahteraan dan keselamatan mereka dan negara yang tercinta ini.

3 Januari 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD HADI AWANG
PRESIDEN PAS